Salam hormat kepada semua,
Para Ulamak mengatakan sebaik-baik amalan, ialah amalan yang diredhai Allah.
Usaha untuk mendapatkan redha Allah itu pula ialah beramal soleh. Manakala, amalan yang diterima Allah itu ada 2 syarat:
1. Niatnya kerana Allah semata-mata
2. Mestilah amalan itu adalah amalan yang benar dansah dari hukum syariahnya
Justeru, saudara-saudari yang saya hormati;
Pesanan buat kita semua ialah, persiapkanlah diri kita sebelum memasuki bulan ujian (Ramadhan) nanti.
Jangan ketika bulan itulah baru kita terhegeh-hegeh nak belajar itu ini.
Doa nabi sebelum memasuki bulan Ramadhan;
"Allahumma Ballighni Ramadhan"- "Ya Allah sampaikanlah (panjangkan umur) aku (sehingga sampai) kepada bulan Ramadhan"
Moga anda yang beragama Islam dapat merasai dan all out dalam bulan Ramadhan yang semakin hampir ini.
Bagi yang bukan beragama Islam. Saya yakin, anda pastimerasai tempias-tempias bulan Ramadhan.
Antaranya:-kepelbagaian makanan di Bazar Ramadhan-potongan harga yang lebih hebat daripada Mega Sales Sogo-kawan Islam anda akan jadi lebih baik dengan anda-dan 1001 lagi kebaikan pada bulan Ramadhan nanti
0 comments:
Post a Comment