Thursday, January 14, 2010

Perkara Utama Perlu Difikirkan Sebelum Berhutang!

Dirantai Along sebab gagal bayar hutang..

Memang tidak dinafikan, kebanyakkan dari kita pasti ramai yang terpaksa membuat pinjaman dan hutang dengan pelbagai pihak samada pihak bank, syarikat kewangan mahu pun koperasi.

Tidak kiralah sama ada nak beli rumah baru, ubahsuai rumah, beli kereta baru, perabut baru, TV Plasma baru dan bermacam benda lagilah...semuanya diperolehi secara berhutang.

Ada baiknya sebelum berhutang, buatlah analisa dan kiraan tentang faedah yang ditawarkan. Agar kita tidak mengalami terlalu banyak kerugian.

Apa itu Faedah? Ianya merupakan keuntungan yang dikenakan oleh pihak pemberi pinjaman disamping caj-caj perkhidmatan yang lain.

Sebagai pengguna, kita perlu mengetahui jenis-jenis faedah yang dikenakan bagi menguruskan kewangan dan hutang kita dengan lebih berkesan.

Kebanyakkan kita cukup selesa jika dikenakan kadar “flat rate” atau kadar tetap.

Tetapi tahukah anda? Setiap bentuk pinjaman dan hutang yang anda ambil mempunyai perbezaan yang ketara di antara satu sama lain?

Berikut adalah beberapa kadar faedah yang ditawarkan oleh pihak bank dan syarikat kewangan:

1) Flat Rate – Kadar tetap yang dikenakan dan menjadi kebiasaan untuk pembiayaan motor dan kereta.

2) Yearly Rest (Kadar Tahunan) – Pembiayaan barangan seperti perabot, barangan elektrik dan alatan rumah.

3) Monthly Rest (Kadar Bulanan) – Pembiayaan yang biasa bagi pinjaman Perumahan

4) Daily Rest (Kadar Harian) – Pinjaman overdraft. Kadar ini, lebih menjimatkan peminjam apabila diapplikasi untuk pinjaman perumahan.
Dan juga kad kredit (Tapi Awas! Peratus faedah kad kredit terlalu tinggi)

Sebagai pengguna yang bijak, kita perlu ketahui kadar faedah yang mana adalah terbaik untuk diri kita.

Bagaimanakah untuk kita mengetahui ianya adalah yang terbaik jika sekiranya kita tidak tahu membuat pengiraan asas bagi setiap bentuk faedah yang dikenakan?

Berita baiknya di sini, saya telah menemui sebuah ebook yang memberikan penjelasan terperinci mengenai perkara ini. Anda boleh dapatkannya melalui link berikut ;-

KLIK KAT SINI

Saya percaya ianya dapat membantu anda.

0 comments:

Post a Comment

 
Sutera Emas Collection. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.